Semua Ahli Parlimen Kerajaan akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan juga akan tetap menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, jelasnya, jumlah yang akan mereka peroleh adalah kurang daripada angka yang diperoleh Ahli Parlimen kerajaan iaitu pada jumlah RM100,000 bagi setiap kawasan.

"Kita bagi (pada Ahli Parlimen pembangkang) tetapi kurang. Ahli parlimen pembangkang akan dapat RM100,000,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.