Ahli Parlimen pembangkang hari ini meluahkan kekecewaan mereka dengan struktur bangunan baru Dewan Rakyat yang dianggap tidak strategik.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata beberapa lokasi tidak strategik di bangunan itu termasuk pusat media.
"Mereka sediakan ruang yang besar kepada petugas media di tingkat paling bawah dan mereka terpaksa mengikut jalan yang jauh dan naik tangga yang tinggi untuk pergi ke dewan.
"Macam mana mereka nak buat laporan dan dapatkan berita dari ahli Parlimen jika mereka ada di bawah?
"Kita ahli Parlimen pembangkang nak buat sidang media pun tak tahu nak buat kat mana. Kita diberitahu kalau kita nak buat sidang media kita kena turun ke bawah ke bilik media.
"Tetapi bila kita tiba di bawah tiada siapa di bawah kerana semua ada di atas untuk dapatkan komen ahli Parlimen yang keluar dari dewan," katanya semasa sidang media yang diadakan di bilik utama media di Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowin berkata, perbezaan ruang untuk sidang media Dewan Rakyat sebelum ini lebih mudah kerana disediakan di satu tempat sahaja.
"Kalau mereka nak dapatkan komen sahaja mereka boleh kejar ahli parlimen yang keluar masuk di satu pintu sahaja.
"Sekarang ini macam mana mereka nak buat laporan jika tempat untuk kita buat sidang media diletakkan di tempat yang jauh dari dewan?" katanya.
Dalam pada itu, wartawan yang bertugas juga tidak dapat mendengar perbahasan yang berlaku di Dewan Rakyat kerana televisyen yang menyiarkan perbahasan secara langsung tidak mempunyai speaker.
Jadi, mana-mana petugas media yang ingin mendengar perbahasan mereka terpaksa berebut untuk masuk ke dalam dewan yang hanya menyediakan enam kerusi kepada media.
Lebih sukar lagi adalah apabila jalan khas yang disediakan kepada petugas media untuk ke Dewan Rakyat adalah mengelirukan kerana tidak terdapat petunjuk arah yang menunjukkan arah mana perlu dituju.
Selain itu juga, tandas juga tidak disediakan kepada petugas media dan pelawat.
Tandas yang paling hampir berada di tingkat dua sedangkan bilik media diletakkan di arah bawah.
Hari ini pula, tandas awam itu tidak boleh digunakan sejak awal pagi tadi dan petugas media tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggunakan tandas ahli parlimen yang terletak lebih jauh dari Dewan Rakyat ataupun menggunakan tandas surau yang berada berdekatan dengan Dewan Rakyat.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 07 2017
Ahli Parlimen pembangkang hari ini meluahkan kekecewaan mereka dengan struktur bangunan baru Dewan Rakyat yang dianggap tidak strategik. - Gambar fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung - Zambry
Program ini menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan untuk anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan.