KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR, Hassan Abdul Karim menyarankan V Sivakumar mengambil cuti daripada tugas rasminya sebagai Menteri Sumber Manusia sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadapnya.
Tindakan sedemikian, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, merupakan contoh baik yang sekali gus seiring dengan agenda Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah di Malaysia.
“Yang Berhormat Menteri tentu lebih faham tentang prinsip “collective responsibility” dan “ministerial responsibility” di dalam fungsi kerja Jemaah Menteri atau Kabinet Kerajaan Persekutuan.
“Jangan tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengarahkan supaya menteri yang terpalit kementeriannya dengan rasuah supaya bercuti ataupun meletakkan jawatan.
“Setiap menteri mesti ada tanggungjawabnya sendiri untuk menjaga nama baik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang amat jelas sedang melakukan tindakan untuk membanteras amalan rasuah di dalam jentera kerajaan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” kata Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Menurut Hassan, kenyataan ini dikeluarkan beliau sebagai Ahli Parlimen penyokong Kerajaan Perpaduan dan juga sebagai seorang anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang bertugas sebagai badan pemantau SPRM yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2009.
SPRM, sebelum ini dilaporkan menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.
“Setakat ini YB Menteri Sumber Manusia bukannya suspek, bukannya orang yang dituduh.Tetapi fakta dua kali dipanggil untuk disiasat oleh SPRM dan rumah serta pejabat dilawati oleh SPRM bukanlah sesuatu yang molek bagi wajah anggota Kabinet kerajaan yang dikenali sekarang sebagai Kerajaan Madani.
“Saya percaya YB Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mempunyai jiwa yang besar dan punya “conscience” yang jernih dan mulia.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen dan pemimpin politik yang berpengalaman adalah terhormat bagi YB V Sivakumar mengambil tindakan yang tepat. Saya tidak mendesak atau menyeru beliau meletakkan jawatan sekarang.
“Sekurang-kurangnya eloklah pada waktu ini beliau bercuti dahulu dari tugas sebagai seorang menteri,” jelas Hassan lagi.
Astro Awani
Sun Apr 23 2023
Hassan Abdul Karim menyarankan V Sivakumar mengambil cuti daripada tugas rasminya sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap Menteri Sumber Manusia itu.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan.
Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan
Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu.
Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar
Cadangan PRIMAS supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.
LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar
KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang.
KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
KSM mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.
MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga kawasan lain.