awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan buat laporan polis dikaitkan dengan 'raja dadah' di India

Bernama
Bernama
13/03/2024
15:38 MYT
Ahli perniagaan buat laporan polis dikaitkan dengan 'raja dadah' di India
Abdul Malik menerusi perkongsian di laman sosialnya, menafikan pernah bertemu atau bercakap dengan individu terbabit. - Gambar IG datoabdulmalik
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik, membuat laporan polis selepas dirinya dikaitkan dengan individu disyaki 'raja dadah' India.
Abdul Malik menerusi perkongsian di laman sosialnya, menafikan pernah bertemu atau bercakap dengan individu terbabit.
"Saya seorang ahli perniagaan di Malaysia dan ada pihak tertentu yang ingin merosakkan imej saya dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam industri perfileman," katanya.
Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menghantar salinan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi India, bagi tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terbabit.
Sebelum ini, sebuah portal berita dalam talian mendakwa bos kepada 'raja dadah India' yang merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia, didakwa mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.
Ini susulan seorang lelaki ditahan Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, selepas didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara terbabit.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin menafikan penglibatan rakyat negara ini, susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.
Beliau berkata risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini, dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#raja dadah
#industri perfileman
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan