awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan mata wang kripto RM2.45 juta

Bernama
Bernama
05/10/2023
04:33 MYT
Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan mata wang kripto RM2.45 juta
Ahli perniagaan Johnathan Wong Futt Po mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud, tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud, tahun lepas.
Johnathan Wong Futt Po, 39, didakwa menipu Adrian Sim Kwang Kai (he) untuk membuat pelaburan dalam syarikat Ris Firearm Sdn Bhd dan Colindale International (MM2H) Sdn Bhd sehingga mendorong Sim membuat bayaran berjumlah RM2.45 juta yang dimasukkan ke dalam akaun dompet mata wang kripto milik tertuduh.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Menara Prestige, Jalan Pinang di sini antara 23 Mei dan 3 Ogos 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohd Nawi menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Devanandan S. Subramaniam yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan lima anak berumur antara enam bulan dan 19 tahun.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Nov depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan mata wang kripto
#Johnathan Wong Futt Po
#Ris Firearm
#Colindale International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan