awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan maut ditembak

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
06/08/2019
02:28 MYT
Ahli perniagaan maut ditembak
Mangsa bagaimanapun hanya sempat memandu seketika sebelum kenderaannya dilihat berhenti di sebuah farmasi berdekatan rumah sewanya. -Foto ihsan pembaca
Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak individu tidak dikenali di hadapan rumah sewanya di Air Putih, di sini, hari ini.
Kejadian pada jam 1.30 pagi itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 63 tahun dan berasal dari Johor Bahru, Johor meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya berusia 47 tahun baru pulang dari berhibur di sebuah kelab malam di bandar Kuantan.
"Bagaimanapun, ketika sampai di rumah yang disewa mangsa, rakannya keluar dari kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka sebelum datang individu tidak dikenali menembak ahli perniagaan itu.
"Namun selepas ditembak, mangsa sempat memandu kereta itu keluar daripada rumah berkenaan untuk mendapatkan bantuan dan meninggalkan rakan yang lari bersembunyi itu," katanya.
Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Abd Jalil berkata mangsa bagaimanapun hanya sempat memandu seketika sebelum kenderaannya dilihat berhenti di sebuah farmasi berdekatan rumah sewanya.
"Orang ramai yang menyedari keadaan mangsa kemudian menghubungi pihak polis kira-kira jam 2 pagi sebelum sepasukan polis sampai di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian.
"Mangsa dihantar ke HTAA sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Siasatan awal mendapati mangsa ditembak tiga das tembakan," katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Khas Ketua Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata rakan mangsa yang menyembunyikan diri ketika kejadian ditahan polis bagi membantu siasatan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Abd Jalil Hassan
#ahli perniagaan maut ditembak
#Air Putih
#di hadapan rumah sewa
#ditembak individu tidak dikenali
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#HTAA
#Toyota Estima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan