Skip to main content

Malaysia

Kerjasama TVET Malaysia-Turkiye perkasa tenaga kerja nasional

Ahmad Zahid (kanan) bergambar bersama Ketua Penyelaras SETA, Prof Dr Nebi Miş (kiri) selepas sesi perbincangan meja bulat di Istanbul, Turkiye mengenai kerjasama bidang keutamaan antara kedua-dua negara. -Foto Pejabat TPM
Ahmad Zahid (kanan) bergambar bersama Ketua Penyelaras SETA, Prof Dr Nebi Miş (kiri) selepas sesi perbincangan meja bulat di Istanbul, Turkiye mengenai kerjasama bidang keutamaan antara kedua-dua negara. -Foto Pejabat TPM
Advertisement

ISTANBUL: Kerjasama penyelidikan di antara Malaysia dan Turkiye dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpotensi memperkukuh pembangunan kemahiran tenaga kerja negara bagi memenuhi keperluan industri masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangunan TVET merupakan antara empat bidang keutamaan yang dicadangkan untuk penyelidikan bersama antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dengan Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA).

Beliau berkata kerjasama itu bertujuan mendapatkan perspektif penyelidik dan pakar mengenai perubahan geopolitik, pembangunan industri serta keperluan kemahiran masa hadapan.

Advertisement

“Saya mahu pertukaran pandangan ini menghasilkan cadangan dasar yang boleh dimanfaatkan oleh institusi berkaitan untuk memperkukuh keupayaan negara dan membuka peluang kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media sempena lawatan kerja ke Turkiye, pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, tiga lagi bidang yang dicadangkan ialah hubungan strategik dan ekonomi ASEAN-Turkiye, perusahaan halal serta keusahawanan desa, selain kesiapsiagaan bencana dan daya tahan komuniti.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan supaya ISIS Malaysia dan SETA menyediakan kertas skop penyelidikan bersama bagi mengenal pasti persoalan dasar utama, institusi berkaitan serta ruang kerjasama lanjut.

Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Penyelidikan antara kedua-dua institusi itu sebelum ini ditandatangani pada 7 Januari 2026, sekali gus menyediakan asas untuk memperluas penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran dan pembangunan syor dasar berasaskan bukti.

"Kekuatan hubungan Malaysia-Turkiye perlu turut disokong kerjasama ilmu dan penyelidikan berkualiti bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta memperluas peluang ekonomi kepada rakyat," tambah Ahmad Zahid.

Must Watch Video

Advertisement