awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud

Bernama
Bernama
20/03/2025
14:55 MYT
Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud
Mangsa diminta membuat tempahan dengan sebuah syarikat, namun ejen syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi setelah ahli perniagaan itu membuat bayaran. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM89,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan projek tidak wujud di Miri.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 30-an itu mendakwa menerima tempahan peralatan mengukur tanah daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sarawak.
"Individu itu telah meminta mangsa membuat tempahan dengan sebuah syarikat, namun ejen syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi setelah ahli perniagaan itu membuat bayaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata mangsa menyedari dirinya ditipu setelah mendapat pengesahan KPKT dan lelaki itu kemudian membuat laporan polis pada 18 Mac.
Dalam kes berasingan, Alexson berkata seorang wanita tempatan berusia 40-an telah mengalami kerugian lebih RM78,000 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan tidak wujud.
Beliau berkata mangsa yang menerima tawaran melalui aplikasi WhatsApp telah dijanjikan pulangan komisen sebanyak 10 hingga 20 peratus dengan melaksanakan tugas membuat tempahan hotel.
"Mangsa telah melakukan beberapa transaksi pindahan wang namun tidak menerima komisen seperti dijanjikan, menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM78,823," katanya dan memaklumkan kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#projek tidak wujud
#Miri
#sindiket penipuan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan