awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank'

Bernama
Bernama
10/11/2021
23:06 MYT
Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank'
Bagi mengelak menjadi mangsa 'Macau Scam', polis menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan butiran terperinci pihak berkuasa berhubung siasatan seperti nama/pangkat pemanggil serta tempat bertugas.
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita mengalami kerugian RM310,000 selepas dihubungi seorang 'pegawai bank'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak dalam kenyataan pada Rabu berkata, wanita tempatan berumur 55 tahun itu, telah dihubungi oleh seorang pegawai bank mendakwa kad kredit milik mangsa telah digunakan dalam jumlah yang besar.
Beliau berkata dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lepas, mangsa telah diminta untuk menghubungi 'Bank Negara Malaysia' melalui nombor telefon yang telah diberikan.
"Dalam perbualan itu, mangsa diminta untuk mendedahkan maklumat perbankan dan hanya menyedari dirinya ditipu apabila menerima mesej memaklumkan beberapa transaksi dari akaun mangsa ke akaun yang tidak dikenal pasti.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya dan menambah mangsa membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
Mohd Mahidisham berkata bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan 'Macau Scam', polis menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa berhubung tentang sebarang siasatan seperti nama/pangkat pemanggil serta tempat bertugas.
"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, sila hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/ 1599 atau mana-mana Balai Polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#pegawai bank
#Macau Scam
#kad kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan