KUALA LUMPUR: Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak terlalu taasub kepada seorang pemimpin atau kumpulan kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada pemikiran tidak taat kepada parti.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketaasuban itu juga akan membawa kepada tindakan yang tidak 'selari' dengan keputusan pimpinan parti.
"Kelemahan kita ini adalah kadang-kadang kita ini terlalu taasub dengan ketua sama ada saya atau yang lain.
"Oleh yang demikian, fikiran kita tidak lagi taat kepada jemaah dan kepimpinan tetapi kita izinkan wujudnya kelompok-kelompok," katanya ketika menggulung perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang berlangsung secara maya hari ini.
BACA: PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa bagi pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan jemaah parti, perkara tersebut boleh dibawa berbincang manakala mereka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada 'kartel' juga harus diberikan ruang.
Terdahulu, semasa sesi perbahasan, perwakilan Kedah Razaini Md Isa mencadangkan supaya presiden parti mengadakan jajaran baharu bersama pelbagai pihak bagi meringankan bebanan rakyat yang terkesan ekoran COVID-19 dan melaksanakannya dengan pihak yang menerima prinsip perjuangan PKR.
"Kita minta presiden dengan prerogatif beliau, kita beri wewenang (hak atau kekuasan) untuk presiden laksanakan dan lipatgandakan usaha dapatkan kembali mandat rakyat serta mengutamakan nasib rakyat terbanyak berbanding kepentingan politik dan peribadi," katanya.
Perwakilan Melaka Muhammad Asri Ibrahim pula merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa dan tenaga sepanjang pandemik COVID-19.
Beliau turut mencadangkan supaya masjid dan dewan serba guna sedia ada di seluruh negara dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi membolehkan negara segera mencapai imuniti kelompok.
"Saya juga ingin cadangkan kepada kerajaan agar semua penjawat awam yang telah memberikan khidmat dengan penuh tanggungjawab sepanjang pandemik ini diberikan insentif penebusan gantian cuti rehat (GCR) bagi meringankan beban mereka," katanya.
Sesi perbahasan yang berlangsung sepenuhnya secara dalam talian itu disertai 16 pembahas dari seluruh negara.
Terdahulu, kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom bermula 8 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
Anwar berkata ketaasuban akan membawa kepada tindakan yang tidak 'selari' dengan keputusan pimpinan parti. - Gambar fail/ Astro AWANI
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).