awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik belia perlu kekal dengan idea perjuangan, elak rasuah - Majlis Belia Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/03/2021
07:00 MYT
Ahli politik belia perlu kekal dengan idea perjuangan, elak rasuah - Majlis Belia Malaysia
Golongan belia yang akan memasuki arena politik diingatkan agar kekal setia kepada idea perjuangan dan mengekalkan nilai-nilai unggul. - Bernama
KUALA LUMPUR: Golongan belia yang akan memasuki arena politik diingatkan agar kekal setia kepada idea perjuangan dan mengekalkan nilai-nilai unggul.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, langkah itu bagi mengelak diri mereka daripada terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Sebab itu kita peringatkan diri kita dan rakan yang terlibat dalam politik agar tetap kekal setia kepada idea perjuangan dan nilai-nilai unggul kerana inilah yang merupakan benteng yang ampuh untuk memagari mereka daripada terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Ini merupakan benda yang 'berhantu', iaitu belum diuji kita tak boleh cakap lagi. Sebab itu penting untuk berpegang kepada idealisme, soal nilai dan agresif untuk membanteras segala salah laku kuasa rasuah," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Katanya lagi, apabila seseorang memasuki arena politik, mereka diuji dengan kuasa dan wang ringgit, dan boleh berubah dalam sekelip mata.
"Perilaku itu dapat dilihat berdasarkan pemerhatian Majlis Belia Malaysia apabila berinteraksi dan berkomunikasi dengan beberapa ahli politik muda.
"Justeru, ahli politik muda diingatkan agar memulakan satu budaya politik yang baharu dan menolak rasuah," ujarnya.
Dalam pada itu, parti-parti politik perlu memastikan calon yang diletakkan pada pilihan raya umum akan datang mempunyai rekod yang bersih dan bebas salah guna kuasa.
"Sebab itu kita sentiasa menekankan bahawa rakyat, Majlis Belia Malaysia ingin melihat bahawa isu rasuah ini ditangani secara agresif dan tuntas khususnya dalam kalangan ahli politik.
"Kita ingin lihat pada PRU akan datang, parti-parti yang bertanding mesti memastikan calon-calon yang bertanding ini bebas dari segi track record - tata kelola yang baik, dan bebas dari salah laku dan salah guna kuasa," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#politik
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU
#Malaysia
#rakyat
#calon
#majlis belia malaysia
#MBM
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan