KUALA LUMPUR:Segelintir ahli politik harus berhenti memanipulasi sentimen perkauman, semata-mata untuk meraih sokongan, tegas penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian.
Ahli Pemikir Kementerian Pepaduan Negara (KPN) itu berkata, sokongan yang diperoleh berdasarkan tindakan itu, mampu menjadi wabak yang menggugat perpaduan rakyat negara ini.
Tegasnya lagi, perkara itu telah pun terbukti seperti tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa serta Kampung Medan, yang terus menjadi titik hitam dalam sejarah negara.
"Kita perlu melandaikan suhu politik yang seringkali diguna pakai untuk melonjakkan perkauman, perasaan untuk curiga antara satu sama lain atau syak wasangka. Bukan semua (ahli politik) tapi segelintir yang menganggap ia bertujuan untuk meningkatkan sokongan satu kaum.
"Saya melihat peringatan Tan Sri Muhyiddin itu harus diambil dengan makna besar setiap parti politik dan pemimpin, supaya akhirnya kita melihat dalam usaha untuk meraih sokongan, atau untuk memberikan maksud kepada kedudukan politik tanah air, jangan sama sekali kita besedia untuk mengorbankan apa yang telah dibina,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu melancarkan awal hari ini, yang menyentuh mengenai manipulasi sentimen kaum oleh parti politik.
BACA: Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik - PM Muhyiddin
Terdahulu, Perdana Menteri berkata, semua pihak juga harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik.
“Ini merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang berbilang kaum. Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2030, yang dilakukan secara maya, hari ini.
BACA: PM lancar Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, manipulasi seperti itu boleh diatasi sekiranya rakyat meningkatkan literasi atau pemahaman mereka mengenai kepentingan perpaduan dalam negara.
“Dalam konteks Semenanjung, kebanyakan isu perpaduan telah dipolitikkan. Bila jadi begini oleh orang tak bertanggungjawab, yang mengutamakan percaturan politik, perpaduan jadi salah satu alat manipulasi untuk kepentingan mereka.
"(Jadi) saya juga mempunyai harapan yang besar supaya semua pihak tidak menenggelamkan nilai kerencaman, nilai keanekaragaman yang sedia ada, kerana itu juga menjadi alat yang paling lengkap melengkapi antara satu sama lain, dan bersifat reciprocal,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Feb 15 2021

Prof Sivamurugan berkata, rakyat Malaysia perlu melandaikan suhu politik yang seringkali diguna pakai untuk melonjakkan perkauman, perasaan untuk curiga antara satu sama lain atau syak wasangka. - Gambar fail

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas

Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.