awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik Johor mengaku tidak bersalah ambil dadah

Raffi Bachik
Raffi Bachik
28/03/2017
10:24 MYT
Ahli politik Johor mengaku tidak bersalah ambil dadah
Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, (kiri) mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh hari ini. - Foto Astro AWANI
Seorang ahli politik Johor dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, pada tahun lalu.
Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Dia dituduh memasukkan syabu ke dalam badan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada jam 6 petang, 1 Ogos tahun lalu.
Dia didakwa mengikut seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen 15(1) (b) dibaca bersama seksyen 38b akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, selain perintah pengawasan selama dua tahun atau tidak lebih tiga tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mengemukakan jaminan RM4,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Salmi Hamdan Sabran merayu jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#Ahli politik Johor
#Mohamed Mustafa Abdul Kadir
#narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan