awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Bashah sedia bantu Mukhriz

Bernama
Bernama
28/07/2013
01:55 MYT
Ahmad Bashah sedia bantu Mukhriz
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan memberi sepenuh kerjasama kepada Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu.
Ahmad Bashah yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata perlantikan Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, memang sudah dijangka dari awal lagi.
"Saya memang tiada masalah dengan pelantikan Mukhriz kerana ini merupakan perkara lazim di mana menteri besar dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi memudahkan sistem pentadbiran sesebuah negeri.
"Memang Mukhriz layak memegang jawatan Pengerusi UMNO kerana jika tidak akan berlaku kesukaran dalam mengendalikan Kedah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian duit raya kepada anak yatim di sini hari ini.
Beliau berkata perubahan dalam struktur organisasi UMNO itu merupakan perkara yang biasa dan berlaku di mana-mana negeri.
"Dulu semasa Kedah diperintah oleh PAS, memang saya yang pegang jawatan Pengerusi dan Mukhriz sebagai Timbalan Pengerusi tetapi ini berubah apabila Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
"Walaupun sekarang saya dilantik menjadi Timbalan Pengerusi, saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan Mukhriz demi kesejahteraan Kedah," kata Ahmad Bashah.

Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#muhriz
#UMNO Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan