Keceriaan serta perasaan bangga jelas terpancar di wajah Pengurus Alwafa Catering and Services Ahmad Abdullah apabila menceritakan pengalamannya selama 13 tahun membekalkan makanan buat jemaah haji Malaysia.
Ahmad, 48, berketurunan Melayu Pattani yang lahir di sini, berkata sistem pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang tersusun membuatkan beliau memohon untuk membekal dan kekal membekalkan makanan buat jemaah haji Malaysia.
"Tabung Haji punyai sistem yang jauh amat baik berbanding dengan pengurusan haji negara lain malah saya pun boleh belajar dengan Tabung Haji dan mengembangkan perniagaan saya bersama dengan Tabung Haji.
"Setiap kali musim haji saya hanya khusus bekalkan makanan untuk Tabung Haji. Di dapur ini kami boleh masak sehingga 5,000 (pek) makanan (setiap batch) yang mana pada masa ini kita sediakan 4,200 (pek) untuk Tabung Haji, kita boleh sediakan lebih banyak ikut keperluan Tabung Haji," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pengurus Operasi (Catering) TH Mohd Nober Kassim dan Chef Eksekutif Alwafa Catering and Services Mohd Kamarulzaman Md Rodi.
Tahun ini seramai 30,200 jemaah Malaysia akan melaksanakan ibadah haji dengan lebih 13,000 orang telah tiba di sini dan Madinah, dibantu 640 petugas TH. Sebanyak tujuh dapur diberi kontrak oleh TH bagi membekalkan makanan buat jemaah haji Malaysia.
Ahmad berkata kebersihan dalam penyediaan makanan merupakan aspek yang paling penting dalam urusan membekal makanan oleh syarikatnya, justeru pihaknya sentiasa mematuhi peraturan kebersihan digariskan kerajaan Arab Saudi dan TH sendiri.
"Memang dapur kita ikut syarat dengan susunan (perkakasan dapur) semua kita ikut. Bersih dalam sediakan makanan itu wajib, sentiasa jadi syarat dia. Daripada petugas, tempat sedia makanan, bahan (mentah) semua periksa," katanya yang memulakan perniagaan sebagai ejen pelancongan 16 tahun lepas.
Sementara itu, Mohd Kamarulzaman, 48, yang berasal dari Ipoh, Perak, berkata pihaknya menggunakan kaedah pek makanan vakum dan nitrogen bagi memastikan pek makanan yang disediakan kepada jemaah haji Malaysia kekal panas serta segar.
"Dengan mesin (pek makanan) ini kita dapat pastikan pek makanan itu boleh tahan 24 jam segar dan tidak basi. Dalam sediakan makan malam kita mula sediakan bahan pukul 12.30 tengah hari dan dalam 3.30 petang pek makanan sedia dalam bekas pemanas makanan untuk diedar kepada maktab penginapan.
"Pukul 6 petang jemaah haji boleh dapatkan pek makanan malam mereka di kafeteria penginapan masing-masing, tahun ini kita sediakan untuk empat penginapan. Lauk pelbagai ada ayam, daging, ikan dan sotong mengikut permintaan Tabung Haji," katanya yang mesra dengan panggilan Chef Ayub.
Ditanya apa yang menyebabkan beliau memilih untuk bertugas selama empat tahun dengan syarikat itu, beliau berkata peluang untuk bertugas sambil beribadat untuk membantu jemaah haji selain belajar daripada pengalaman di sini serta daripada Ahmad menjadi faktor utama beliau kekal di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2019
Ahmad berkata kebersihan dalam penyediaan makanan merupakan aspek yang paling penting dalam urusan membekal makanan oleh syarikatnya. - Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Ahmad berpengalaman 13 tahun bekalkan makanan buat jemaah Malaysia
Sistem pengurusan Lembaga Tabung Haji yang tersusun membuatkan Ahmad memohon untuk membekal dan kekal membekalkan makanan buat jemaah haji Malaysia.