awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

Bernama
Bernama
20/09/2022
12:51 MYT
Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
Ahmad Dzaffir, 52, menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. - Gambar fail/ Bernama
SEREMBAN: Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu bagi menggantikan Datuk Ruslan Khalid berkuatkuasa hari ini.
Ahmad Dzaffir, 52, menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Bercakap kepada pemberita, beliau berazam menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.
"Fokus saya adalah memperkasakan integriti, memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan mendokong dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.
"Di samping itu juga, bagi diri saya sendiri iaitu misi untuk membanteras segala jenis aktiviti bersindiket seperti perjudian, dadah dan sindiket scam yang mana kita tahu scam adalah trend yang terkini sejak COVID-19 dan ramai jadi mangsa scam melibatkan kerugian berjuta- juta ringgit...itu menjadi fokus utama saya," katanya di sini hari ini.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad yang berlangsung di IPK Negeri Sembilan.
Pada majlis sama turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Rohayah Harun dengan DSP Erny Yusnida Che Yusoff.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CPO negeri sembilan
#ketua polis negeri sembilan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#serah terima tugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan