KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengesahkan dirinya dilantik sebagai Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan.
Jelasnya, pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
"Saya terharu apabila dimaklumkan gerak kerja Hab Pendidikan Khas Ahmad Idham yang telah saya asaskan dan gerakkan di Port Dickson melalui Pertubuhan Briged Prihatin telah memberi impak di mata masyarakat.
"Selain itu, ia juga menjadi antara faktor yang dinilai oleh kepimpinan tertinggi Gerakan Tanah Air (GTA) di Negeri Sembilan sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan pelantikan ini.
"Walaubagaimanapun pelantikan ini bukan untuk dibanggakan sebaliknya jawatan yang diberikan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang harus saya galas sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ahmad Idham berkata, melalui pelantikan itu, ia memberi gambaran jelas Gerakan Tanah Air bukan sekadar gabungan di antara parti politik sebaliknya ianya turut menggabungkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan profesional dan individu.
"Buktinya, saya selaku Pengerusi Pertubuhan Briged Prihatin telah dilantik tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik.
"Saya komited untuk terus menyampaikan kepada masyarakat bahawa Gerakan Tanah Air bukan hanya gabungan retorik parti politik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya ianya adalah gerakan rakyat untuk rakyat bagi mengangkat pemimpin melayu muslim yang berwibawa tanpa terikat kepada politik kepartian," ujarnya.
Pada 4 Ogos lalu, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan GTA yang disertai empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta terbuka kepada badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, ahli akademik serta profesional dalam kalangan Melayu.
Afiezy Azaman
Mon Oct 10 2022
AHMAD IDHAM: Pelantikan ini bukan untuk dibanggakan sebaliknya jawatan yang diberikan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang harus saya galas sebaiknya. - Foto Facebook/Ahmad Idham
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.
PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya.
PRU15: GTA Negeri Sembilan calonkan Ahmad Idham tanding di PD
Mohamad Jani berkata, nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas itu telah dibawa ke peringkat pucuk pimpinan.
Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
Ahmad Idham, Eizlan Yusof sumbang khidmat negara - Saifuddin Abdullah
Daripada jawatan JUSA B, Ahmad Idham turun ke Gred 54 sementara Eizlan tidak dibayar gaji, jelas Saifuddin Abdullah.
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
Syarikat penerbitan 'peram' geran PELAKSANA berdepan pembatalan insentif
Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.
Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.
Ahmad Idham tinggalkan Finas bukan kerana kontroversi Netflix - Gobind
Gobind Singh Deo tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.