Format baharu pemilihan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memberikan kuasa kepada 150,000 perwakilan memilih pemimpin mereka akan menjadikan parti itu lebih demokratik.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata ia merupakan penanda aras baharu untuk UMNO dan sememangnya ditunggu-tunggu peringkat akar umbi untuk membolehkan mereka menentukan sendiri pemimpin yang diyakini mampu menerajui parti.
"Dahulu kita ada dengan kegiatan yang tidak sihat seperti politik wang, dan dengan adanya perlembagaan baharu ini kegiatan itu dapat diredakan atau ditiadakan kerana sebegitu ramai yang akan memilih.
"Selain itu antara kesan utama ialah ia akan melahirkan pemimpin UMNO yang rajin turun padang kerana jika tidak berbuat demikian rakyat tidak akan kenal dan mereka tidak akan berjaya dalam jawatan yang ditandingi baik Exco Pemuda, Puteri, Wanita dan MT," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan ke-399 Bank Simpanan Nasional dan berbuka puasa di Benut, Pontian di sini petang semalam.
Menurutnya, format pemilihan baharu itu juga akan menjadikan muka-muka baharu yang ingin bertanding baik peringkat MT mahupun jawatan penting dalam sayap parti lebih kerap turun padang berjumpa rakyat untuk memperkenalkan diri mereka.
"Jika mereka banyak melakukan kerja-kerja NGO, melakukan kerja amal dan mempunyai jasa tertentu barulah dapat diterima ratusan ribu ahli Umno di peringkat bawahan.
"Ia tidak akan menyekat orang baru asalkan orang baru ada sedikit sebanyak jasa dan usaha kepada masyakarat dan ini akhirnya akan menjadikan UMNO sebagai parti yang mempunyai pemimpin aktif dalam bertemu dengan rakyat," katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan 150,000 perwakilan supaya melakukan pilihan yang terbaik kerana ia bakal menentukan hala tuju parti pada masa akan datang.
Katanya, anggota parti peringkat akar umbi juga disaran berhubung dengan anggota jawatankuasa bahagian jika tidak mengenali calon yang bertanding untuk memastikan mereka memperoleh latar belakang serta biodata yang lengkap dan tepat.
Bernama
Sun Jul 28 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.