Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dibebaskan daripada tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa permohonan yang difailkan oleh Ahmad, 54, untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya pada 11 Feb lepas adalah pramatang.

Beliau turut berpandangan bahawa pertuduhan yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Pontian dan bekas timbalan menteri kewangan itu tidak cacat dan berasas.

-- BERNAMA