awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan harap Najib diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2022
00:50 MYT
Ahmad Maslan harap Najib diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan
Ahmad berharap pasukan pembelaan Najib akan melakukan yang terbaik dan mempunyai masa yang mencukupi. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengharapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap pasukan pembelaan Najib akan melakukan yang terbaik dan mempunyai masa yang mencukupi.
“Semoga pasukan pembelaan beliau akan melakukan yang terbaik. Diharap mereka cukup masa. Bersama kita mendoakan.
“Diberitakan beliau akan memberi 94 alasan mengapa dua mahkamah telah terkhilaf dalam membuat keputusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Mahkamah Persekutuan pada Isnin akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Mahkamah Persekutuan menetapkan selama sembilan hari mulai Isnin untuk mendengar rayuan Najib supaya dibebaskan dan mengetepikan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Najib Razak
#Mahkamah Persekutuan
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan