Ahmad Zahid bakal rasmikan MIHAS@Shanghai

Shahafeez berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menerima undangan daripada kerajaan China untuk menghadiri ekspo berkenaan.
SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai, dalam lawatan kerjanya ke China, pada 6 November ini.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai dalam lawatan kerjanya ke China pada 6 November ini, di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Import Antarabangsa China ke-8 di Shanghai.
 - MIHAS@Shanghai menampilkan Pavilion Malaysia seluas 2,000 kaki persegi dengan 250 syarikat Malaysia dari pelbagai sektor seperti makanan, agrikultur, peralatan perubatan, perkhidmatan kewangan, dan lain-lain.
 - Lawatan kerja Ahmad Zahid ke China bertujuan memperkasa kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global serta memperluas pasaran halal, di samping meningkatkan eksport halal Malaysia yang bernilai RM61.79 bilion pada 2024 dengan China menjadi destinasi eksport halal kedua terbesar bagi Malaysia.
 
Beliau berkata, ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid menghadiri ekspo ini, dan kali kedua Malaysia menghadirinya di peringkat tertinggi sejak ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2018.
"Pada tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri CIIE Ke-7. CIIE merupakan salah satu platform perdagangan terbesar di dunia," katanya kepada wakil media Malaysia yang turut serta dalam lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri selama empat hari ke Shanghai sehingga 7 November.
MIHAS@Shanghai merupakan edisi MIHAS kedua di peringkat antarabangsa selepas kejayaan MIHAS@Dubai 2024.
MIHAS@Shanghai akan menampilkan Pavilion Malaysia seluas 2,000 kaki persegi yang akan disertai oleh 250 syarikat Malaysia merangkumi beberapa sektor utama seperti makanan dan minuman; produk agrikultur; peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan; serta perkhidmatan perniagaan dan kewangan.
Selain merasmikan acara itu, Ahmad Zahid juga dijadual bertemu dengan pemegang taruh berkepentingan dalam sektor halal China dalam usaha memperkasa kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global dan membuka peluang pasaran baharu  dunia.
Dalam sektor halal, Malaysia mencatatkan eksport halal bernilai RM61.79 bilion pada 2024, mewakili peningkatan 15% daripada tahun sebelumnya.
China merupakan destinasi eksport halal kedua terbesar bagi Malaysia dengan jumlah nilai eksport sebanyak RM7.04 bilion pada tahun 2024.
China juga adalah rakan dagang Malaysia yang terbesar untuk 16 tahun berturut-turut sejak dari 2009. Nilai dagangan antara  Malaysia dan China adalah RM484.12 bilion pada tahun 2024, yang menyumbang kepada 16.8 peratus nilai perdagangan global Malaysia (RM2.879 trilion).
Sementara itu, Ahmad Zahid juga dijadualkan hadir ke Majlis Perasmian Forum Kerjasama Industri-Pendidikan TVET Antarabangsa Malaysia-China Ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia-China Ke-4.
Program anjuran bersama Belia Mahir dan TANG International Education Group ini akan diadakan di Shanghai Technical Instituteof Electronics & Information pada 7 November.
Ahmad Zahid dijangka menyampaikan ucaptama semasa program tersebut. Selain itu, majlis tersebut juga akan menyaksikan pemeteraian beberapa kerjasama dalam bidang TVET.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


