Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan daripada pertuduhan menghina mahkamah selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendengar permohonan maaf beliau kerana tidak dapat menyerahkan (bukti) surat jemputan ke mesyuarat bagi membincangkan barisan Kabinet sebagaimana dijanjikan, semalam.
Presiden UMNO itu berkata, surat berkenaan sepatutnya dikeluarkan oleh pegawai yang bertugas namun tidak dapat dikeluarkan kerana urusan angkat sumpah belum diadakan.
“Saya sudah berhubung dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun beliau tidak dapat mengeluarkan surat itu atas faktor lantikan atau majlis angkat sumpah secara rasmi belum diadakan.
“Saya mohon maaf kepada Yang Arif atas kekeliruan yang timbul dan saya tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan kepada mahkamah yang mulia ini,” katanya.
Sementara itu, peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, beliau memberi jaminan kepada mahkamah, kejadian seumpama itu tidak akan berulang selain memaklumkan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung.
“Anak guam saya sedia memohon maaf di atas kejadian itu dan beliau tidak berniat untuk mengambil kesempatan kepada mahkamah.
“Beliau tidak berniat untuk menghina mahkamah kerana kejadian itu adalah satu salah faham,” katanya.
Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran memohon mahkamah mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid kerana tidak dapat memberikan bukti jemputan sepertimana yang dijanjikan sekali gus dianggap sebagai satu penghinaan terhadap mahkamah.
Bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan daripada semua pihak, Hakim, Collin Lawrence Sequerah menerima alasan yang diberikan oleh Ahmad Zahid dan beliau dilepaskan daripada pertuduhan menghina mahkamah.
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam Ahmad Zahid untuk menangguhkan perbicaraan bagi memberi ruang kepadanya untuk menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri berhubung pelantikan Kabinet.
Namun beberapa jam selepas itu, mahkamah mengarahkan kes itu disambung semula, ekoran kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dalam kenyataan tersebut, JPM menafikan Muhyiddin dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik.
Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari 2019, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 47 pertuduhan di mana 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.
Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Ahmad Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) menjadikan tuduhan dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan.
Beliau kemudian didakwa dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Jun tahun lalu.
Sinar Harian
Tue Mar 03 2020
Ahmad Zahid berkata, surat berkenaan sepatutnya dikeluarkan oleh pegawai yang bertugas namun tidak dapat dikeluarkan kerana urusan angkat sumpah belum diadakan. - Foto BERNAMA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Zahid beri 92 cek berjumlah RM76.9 juta kepada firma guaman - Saksi
Sebuah firma guaman menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah.