awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong

Bernama
Bernama
18/03/2023
12:37 MYT
Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA
BAGAN DATUK: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.
Seramai 424 perwakilan hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini.
Ahmad Zahid, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, berkata beliau sedia melepaskan jawatan dalam parti apabila perlu berbuat demikian dan terdapat calon yang sesuai untuk menggantikannya.
"Saya pasti akan melepaskan jawatan saya apabila saya rasa saya perlu melepaskan, bila ada orang saya yakini boleh mengambil alih tempat (saya).
"Saya tidak akan pernah menongkat langit dan akan serahkan jawatan Ketua Bahagian dan Presiden UMNO kepada orang yang saya rasa boleh kuatkan parti kita," katanya.
Beliau berkata ahli UMNO terutama anak muda wajar diberi peluang untuk menggantikan kepimpinan parti itu.
Ahmad Zahid juga berkata beliau memaafkan pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya secara terbuka namun memberi amaran akan mengambil tindakan jika ada yang menjadi gunting dalam lipatan.
"Kita bina pasukan baharu. Kita tidak mahu ada kabilah-kabilah dalam kalangan kita... dengan penyatuan dan pemerkasaan, UMNO akan memuncak serta mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad pula terus diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan parti Bahagian Lenggong apabila memenangi jawatan Ketua UMNO bahagian itu tanpa bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk
#kekal jawatan
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan