awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid terima watikah pelantikan Timbalan Perdana Menteri

Bernama
Bernama
03/08/2015
02:08 MYT
Ahmad Zahid terima watikah pelantikan Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid (duduk) di pejabat barunya selepas menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin. - Sumber Foto Facebook
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra di sini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan perdana menteri pada 28 Julai lepas.
Sejurus menerima watikah pelantikan, Ahmad Zahid diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi memulakan tugas.
Beliau mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi.
Ahmad Zahid yang kelihatan ceria kemudian mengaminkan bacaan doa oleh pegawai agama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ustaz Azhar Tuarno.
Terdahulu Ahmad Zahid menyertai perhimpunan bulanan JPM yang turut dihadiri Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri di JPM Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga baharu dilantik menganggotai Kabinet.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#watikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan