awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap takziah, kutuk serangan Israel korbankan lapan petugas MAPIM

Bernama
Bernama
18/03/2025
06:00 MYT
Ahmad Zahid ucap takziah, kutuk serangan Israel korbankan lapan petugas MAPIM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah atas pemergian lapan petugas kemanusiaan MAPIM yang maut dalam serangan udara di Gaza. -Facebook
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah atas pemergian lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah atas pemergian lapan petugas kemanusiaan MAPIM yang maut dalam serangan udara di Gaza.
  • Beliau mengutuk serangan tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman di Gaza.
  • Ahmad Zahid mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia berdoa serta menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam apa jua cara yang termampu.

Beliau yang berdukacita dengan insiden kejam itu menyifatkan pemergian mereka sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada MAPIM, tetapi kepada seluruh umat yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.
"Mereka ialah wira kemanusiaan yang berjuang tanpa mengenal lelah demi membantu saudara-saudara kita yang tertindas.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan ini dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan di bumi Gaza," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Ahmad Zahid turut mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia berdoa, bersolidariti dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam apa jua cara yang termampu.
"Semoga roh para syuhada ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," katanya
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan lapan petugas warga Palestin itu syahid dalam serangan yang berlaku pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan) di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lepas.
Serangan udara itu berlaku ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan rejim Zionis.
Mereka yang terkorban ialah Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#MAPIM
#petugas kemanusiaan maut
#serangan udara di Gaza
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan