awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000

Bernama
Bernama
16/01/2025
10:19 MYT
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Tertuduh didakwa melontarkan kata-kata kesat serta tuduhan tidak berasas kepada PDRM bagi membangkitkan kemarahan terhadap pihak berkuasa itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
Majistret Amalina Basirah Md Top turut memerintahkan Ramzan Ali Noor Din, 38, dipenjara enam bulan jika gagal menbayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Ramzan Ali didakwa mengaibkan PDRM dengan memuat naik video di aplikasi TikTok atas nama 'theintheinzaw403' dan melontarkan kata-kata kesat serta tuduhan tidak berasas kepada PDRM bagi membangkitkan kemarahan terhadap pihak berkuasa itu di Balai Polis Pandan Indah, di sini, pada 5 petang, 28 Okt tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Wan Nur Afifah Che Bakar yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
"Tertuduh bekerja di pusat cuci kereta dengan pendapatan RM60 sehari. Dia juga mengakui kesalahannya dan insaf atas perbuatan dilakukan malah ini merupakan kesalahan pertamanya," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani berkata video yang dimuat naik tertuduh telah mengaibkan dan mencemarkan nama baik PDRM justeru memohon hukuman bersifat pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#TikTok
#warga myanmar
#tuduhan tidak berasas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan