awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Anwar umum 'duit raya' untuk Rela, sukarelawan APM, polis, bomba

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
06:06 MYT
Aidilfitri: Anwar umum 'duit raya' untuk Rela, sukarelawan APM, polis, bomba
Perdana Menteri mengumumkan pasukan sukarelawan APM dan Rela turut menerima 'duit raya' apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba turut menerima 'duit raya' apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300.
"Saya sebut tadi ada kategori tidak dapat manfaat sama, kategori ini ialah sukarelawan... Ia berbeza daripada pekerja tetap, polis bantuan itu tidak termasuk, tapi kategori sukarelawan ini 200,000 orang, sehubungan itu menjelang Aidilfitri ini maka saya setuju beri sagu hati kepada mereka RM300," kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.
Beliau mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023, antara lain melibatkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
BACA: Bantuan Aidilfitri, pelepasan cukai individu - Anwar umum 4 inisiatif tambahan Belanjawan 2023
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#duit raya
#Anwar Ibrahim
#RELA
#APM
#polis
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan