awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Hentikan dahulu kerja penyelenggaraan lebuh raya - Nanta

Bernama
Bernama
18/04/2023
11:00 MYT
Aidilfitri: Hentikan dahulu kerja penyelenggaraan lebuh raya - Nanta
Arahan tersebut berikutan tular video kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan. - Gambar fail/ PDRM
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dihentikan sementara bermula hari ini hingga 7 Mei.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan tidak mengganggu perjalanan orang ramai sepanjang perayaan Aidilfitri sekali gus memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya.
"Kerja penyelenggaraan itu perlu bagi memastikan lebuh raya kita berada pada tahap terbaik, tetapi kerja-kerja itu kita boleh tangguh dahulu supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya semasa perayaan ini. Itu yang penting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata pemberhentian kerja penyelenggaraan itu dipersetujui semua syarikat konsensi lebuh raya dan arahan tersebut dikeluarkan berikutan tular video di media sosial berhubung kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Ditanya berhubung kesiapsiagaan lebuh raya menerima aliran trafik yang tinggi, Nanta berkata beliau diberi jaminan syarikat konsensi lebuh raya telah menyediakan khidmat pengguna terbaik melibatkan kesediaan 'Emergency Response Team' dan maklum balas kepada konsensi lebuh raya daripada pengguna.
Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau berkata pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan bermula 12.01 tengah malam esok (19 April) hingga 11.59 malam pada 21 April (Jumaat) dan pada 24 April (Isnin) bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.
"Pemberian tol percuma selama empat hari bagi semua kelas kenderaan di semua 33 lebuh raya ini merupakan kali pertama diberikan oleh kerajaan kepada pengguna lebuh raya. Sebelum ini tempoh terpanjang bagi tol percuma adalah selama dua hari bersempena cuti Tahun Baharu Cina 2023 di semua lebuh raya.
"Walaupun tiada bayaran tol dikenakan, pengguna kad Touch 'N Go masih perlu menyentuh kad di peranti yang terdapat di lorong tol," katanya.
Beliau berkata kementerian menjangkakan sebahagian besar daripada pengguna lebuh raya akan merebut peluang untuk menikmati tol percuma dengan menyusun semula jadual perjalanan pulang ke kampung.
Antara lebuh raya terlibat dengan pemberian 33 Tol Rahmah percuma ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan 2.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan tol percuma selama empat hari di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri melibatkan semua kelas kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tol Rahmah
#Alexander Nanta Linggi
#kerja penyelenggaraan jalan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan