awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Johor isytihar Isnin ini hari kelepasan am tambahan

Bernama
Bernama
20/04/2023
07:34 MYT
Aidilfitri: Johor isytihar Isnin ini hari kelepasan am tambahan
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). - Fail/Pejabat Menteri Besar Johor
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Johor sempena sambutan Hari Raya tahun ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
"Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 (Isnin), sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya, dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.
Untuk rekod, sejak 1 Januari 2014, cuti minggu di Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari kelepasan am tambahan
#Aidilfitri
#Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan