KOTA BHARU: Semua Loji Rawatan Air (LRA) Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan beroperasi dengan kapasiti maksimum dengan keseluruhan pengeluaran air sebanyak 519 juta liter sehari (JLH) bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat sepanjang cuti perayaan Aidilfitri tahun ini.
AKSB dalam kenyataan hari ini memberitahu pihaknya juga sedang melaksanakan projek penggantian dan pemulihan telaga tiub yang masih dalam pembinaan dan dijangkakan siap menjelang Aidilfitri ini.
"Dengan penyiapan projek ini, penambahan sebanyak 14 JLH akan dapat diperoleh dan akan meningkatkan pengeluaran air terawat kepada 533 JLH.
"Kawasan yang terlibat dengan penambahan air terawat ini melibatkan sebahagian jajahan Kota Bharu dan Bachok," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di LRA yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran akan ditunda.
AKSB juga akan memastikan stok bahan kimia di LRA mencukupi bagi pengoperasian loji sepanjang musim perayaan hari raya nanti.
"Sebanyak 443 tangki statik (TS) bersaiz 500 hingga 2,000 gelen ditempatkan di seluruh jajahan iaitu di kawasan yang bertekanan rendah dan sering mengalami gangguan bekalan air.
"TS diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk membolehkan pengguna mendapatkan bekalan air terawat jika berlaku gangguan bekalan air terawat," menurut kenyataan itu.
AKSB turut menyediakan sembilan lori tangki air miliknya dan tambahan 22 lori tangki air kontrak (LAK) di seluruh jajahan untuk mengisi air di TS dan menghantar air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022

Tangki statik diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk membolehkan pengguna mendapatkan bekalan air terawat jika berlaku gangguan bekalan. - Gambar hiasan

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Aidilfitri: Kapasiti pengeluaran LRA AKSB ditingkatkan hingga 519 JLH
AKSB juga sedang melaksanakan projek penggantian dan pemulihan telaga tiub yang masih dalam pembinaan.

Air Kelantan buat persediaan awal hadapi peningkatan penggunaan bekalan air
Ia termasuk memastikan kesemua loji rawatan air (LRA) AKSB beroperasi pada kapasiti maksimum dengan jumlah pengeluaran air melebihi 500 juta liter sehari.