PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bagi keselamatan elektrik, orang ramai disaran memastikan pendawaian elektrik di rumah adalah selamat dengan cara melakukan uji peranti arus baki (PAB) dengan menekan butang uji "T" sekurang-kurangnya sekali sebulan.
"Jika PAB berfungsi dengan baik, ia akan terpelantik dan bekalan elektrik terputus serta-merta. Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk menggantikan PAB yang tidak berfungsi.
"Selain itu, sila pastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan, tangan dalam keadaan kering semasa menggunakan kelengkapan elektrik," menurut kenyataan itu.
ST turut mengingatkan agar orang ramai menggunakan kelengkapan elektrik dan lampu hiasan dengan label keselamatan ST-SIRIM, manakala suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya pulang ke kampung atau bercuti.
Orang ramai juga diingatkan agar mengelakkan soket terbeban dengan menggunakan kelengkapan elektrik yang berlebihan dan elak menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.
Bagi keselamatan gas pula, ST menyarankan agar orang ramai memastikan dapur gas memasak dalam keadaan selamat dengan mengguna perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM dan mengadakan bukaan pengudaraan secukupnya di kawasan dapur memasak.
"Sekiranya mengesan bau kebocoran gas di kawasan dapur memasak, buka tingkap atau pintu untuk menggalakkan pengudaraan di kawasan terbabit, tidak membuka atau tutup suis di kawasan itu dan cari kebocoran gas dengan menggunakan alat pengesan kebocoran gas atau buih sabun dan baiki dengan segera," menurut kenyataan itu.
ST menasihati pengguna supaya tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya dan pastikan injap silinder gas ditutup sekiranya ingin pulang ke kampung atau bercuti.
"Dapatkan perkhidmatan kontraktor gas yang berdaftar dengan ST untuk sebarang kerja pembaikan gas berpaip di rumah," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Suruhanjaya Tenaga menyarankan agar orang ramai memastikan dapur gas memasak dalam keadaan selamat. - Gambar hiasan
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Tahun Baharu Cina: Pastikan keselamatan elektrik, gas sebelum pulang ke kampung - ST
Sekiranya keselamatan diambil mudah, kebarangkalian orang ramai terdedah kepada bahaya elektrik dan gas adalah tinggi.