KOTA KINABALU: Tempoh penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tahun ini, perlu dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu, demikian menurut persatuan pengguna Sabah.
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani berkata tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan serta tidak melambung tinggi, seterusnya berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya.
Beliau berkata tempoh tiga hari ditetapkan bagi melaksanakan harga maksiumum tiket penerbangan untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri itu juga, dilihat tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.
“Harga maksimum itu (perlu dilaksanakan) seminggu sebelum Hari Raya dan seminggu selepas Hari Raya. Dua minggu. Mana-mana yang tidak dapat bercuti (sebelum) Hari Raya akan pulang (ke kampung) selepas itu.
“Kita minta kerajaan mempertimbangkan kaedah ini, supaya semua (orang Sabah, Sarawak dan Labuan) berpeluang membeli harga tiket penerbangan berpatutan dan tidak mahal. Selain itu, mereka boleh merancang cuti seterusnya membuat tempahan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada Bernama.
Pada 24 Feb, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Beliau berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April dan sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu, akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut.
Loke juga berkata kementeriannya akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.
Nordin berkata pelaksanaan harga maksimum tiket penerbangan sempena Aidilfitri itu juga, perlu memberi keutamaan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan balik kampung, kerana dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan daripada penetapan harga tersebut untuk bercuti ke wilayah berkenaan.
Beliau berkata pengendali syarikat penerbangan juga perlu mengambil kira menggunakan kapal terbang besar bagi menampung lebih ramai penumpang yang balik kampung pada musim perayaan ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Kevin Lo Kian Min berkata langkah kerajaan menetapkan harga maksimum tersebut, dilihat sebagai pendekatan positif untuk mengawal kenaikan harga tiket penerbangan berlebihan menjelang Hari Raya.
Beliau berkata ini sekali gus dapat membantu memastikan aksesibiliti kepada perjalanan udara bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, tanpa terbeban dengan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah.
“Langkah ini juga mencerminkan kesungguhan kerajaan, untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar,” katanya.
Beliau turut menyarankan rakyat Sabah di Semenanjung khususnya, merancang perjalanan pulang ke kampung dengan sebaiknya termasuk membeli tiket lebih awal, bagi mengelak kenaikan harga tidak dijangka.
“Membuat persiapan awal penting bagi pengguna untuk mendapatkan tiket pada harga berpatutan. Ini termasuk merancang perjalanan, kerana ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mencari tawaran terbaik seterusnya mendapatkan harga tiket penerbangan lebih rendah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Aidilfitri: 'Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan'
Tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan.