KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan perayaan tahun ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Kerana itu kesempatan yang ada untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini tidak dilepaskan orang ramai dengan pengangkutan awam seperti bas dan tren menjadi antara pilihan mereka.
Tinjauan Bernama di pusat terminal bas dan pusat transit integrasi pengangkutan mendapati orang ramai bersemangat untuk pulang awal berhari raya, namun mereka dilihat masih mematuhi SOP bagi mengekang penularan COVID-19.
Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), seorang suri rumah, Farah Hanim Ishak, 25, berkata dia telah membeli tiket bas dua minggu awal bagi memastikan mendapat tiket untuk pulang ke Kedah.
"Rasa seronok boleh balik kali ini sebagai perantau walaupun suami tidak dapat ikut atas sebab pekerjaan," katanya yang turut disertai tiga anak dan kakak ipar.
Walaupun masing-masing ghairah untuk pulang berhari raya, orang ramai tetap mengamalkan penjarakan fizikal ketika membeli tiket bas di kaunter dan mesin tiket layan diri.
Bagi Nur Aqilah Fakhira Ayub, 22, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ini merupakan kali pertama dia menaiki bas untuk pulang ke Johor sempena sambutan hari raya.
"Saya menggunakan bas sebab keluarga tidak boleh datang ambil selain tidak mahu menyusahkan mereka, ada juga kawan-kawan yang boleh balik sekali, dapatlah pengalaman baru," katanya.
Di Stesen Sentral Kuala Lumpur pula, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara pilihan popular dalam kalangan pelajar kerana menawarkan harga tiket istimewa untuk mereka.
"Harga asal tiket RM70 kalau nak balik ke Taiping (Perak) tapi sebab ada harga pelajar, harganya hanya RM40. Lagipun ada kawan-kawan lain yang naik tren sama, jadi tak sunyi masa balik nanti," kata Nur Afreena Mohd Rosli, 22, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Seorang tukang urut Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Khairul Nizam, 44, berkata dia menggunakan ETS sebagai pengangkutan utama untuk pulang ke kampung di Negeri Sembilan kerana layanan mesra daripada pihak ETS.
"Macam saya ada masalah penglihatan, jadi kru dekat sini selalu bantu tunjukkan tempat duduk khas untuk penumpang OKU dan bila dah sampai di destinasi pun mereka masih akan tolong saya," katanya.
Seorang pekerja swasta, Amir Afif Azmi, 35, berkata dia sekeluarga sangat teruja untuk pulang ke Perlis tahun ini kerana sudah lama tidak dapat berkumpul beramai-ramai bagi menyambut Aidilfitri.
"Saya dah siap beli tiket dua bulan lalu sebab saya dan isteri lagi rela naik tren enam jam daripada terkandas dalam kesesakan," katanya.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka membuat penambahan empat tren ke Padang Besar, Perlis bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi pada musim perayaan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Tinjauan di pusat terminal bas dan pusat transit integrasi pengangkutan mendapati orang ramai bersemangat untuk pulang awal berhari raya. - Foto fail/BERNAMA
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya
WHO sarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.
Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Tahun Baharu Cina: Pembelian tiket bas lancar
Pengangkutan awam terutamanya bas ekspres terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan keselesaan namun serik memandu dalam kesesakan.
Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan
Ia sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena Thaipusam
Tujuh jalan sekitar Batu Caves, Selangor ditutup bermula 10 malam ini hingga Sabtu sempena sambutan Thaipusam.
Prasarana akan sedia banyak produk, galak lebih ramai guna pengangkutan awam
Prasarana akan terus berusaha menyediakan lebih banyak produk atau promosi bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.
Salah guna laluan bas, pengguna mungkin dikenakan tindakan lebih ketat - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.
Loke kongsi video papar komitmen MOT perkasa pengangkutan awam
Video berdurasi 2 minit itu memaparkan inisiatif yang telah dilakukan MOT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara.
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Hassan Iman jelajah Asia Tenggara berkerusi roda
Dia memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara selepas berjaya mengembara India dan Bangladesh sejauh 10,000 kilometer.