NATIONAL
Aidilfitri: Petugas kesihatan Johor terima duit raya

Ling bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aset Perubatan dan Bukan Perubatan kepada Klinik Kesihatan Gelang Patah hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 26,933 petugas kesihatan di Johor akan menerima Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM100 pada awal April ini.
Ringkasan AI
- Sebanyak 26,933 petugas kesihatan di Johor akan menerima Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM100 pada awal April ini.
- Kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta untuk menaik taraf fasiliti di KK Gelang Patah, KK Majidee, KK Tebrau, dan KK Kulai.
- Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi baharu untuk perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di KK Gelang Patah bagi mengatasi kesesakan.
Sementara itu, Ling berkata kerajaan negeri menerusi belanjawan membantu menaik taraf fasiliti Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, KK Majidee dan KK Tebrau termasuk menyumbang ambulans.
"Selain itu, kerajaan negeri menerusi kerjasama dengan pihak swasta turut menyumbang peralatan perubatan dan bukan perubatan kepada tiga klinik ini.
"Justeru, kita mengalu-alukan lebih ramai pihak swasta turut serta menyumbang menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya.
Kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2025 memperuntukkan RM4 juta bagi bantuan menaik taraf fasiliti di tiga klinik kesihatan berkenaan serta KK Kulai.
Ling dalam pada itu, berkata kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi baharu bagi memindahkan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di KK Gelang Patah sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan di klinik terbabit.
"Tempat baharu itu nanti akan lebih selesa dan lokasinya berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami