awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Polis tumpu 76 lokasi hotspot kemalangan seluruh negara

Bernama
Bernama
20/04/2023
09:50 MYT
Aidilfitri: Polis tumpu 76 lokasi hotspot kemalangan seluruh negara
Antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan emosi serta memandu sambil bermain alat komunikasi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
GUA MUSANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada 76 lokasi hotspot yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan emosi serta memandu sambil bermain alat komunikasi.
"Melanggar lampu isyarat, menukar lorong tanpa memberi isyarat lalu lintas serta memandu dengan laju turut penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.
"Kita juga akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan lalu lintas untuk membantu anggota yang bertugas di lapangan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengguna jalan raya di laluan alternatif Gua Musang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mat Kasim berkata bagi Kelantan pula, sebanyak 18 lokasi dikenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan.
"Sebanyak 90,000 kenderaan dianggarkan masuk ke Kelantan bermula sejak Selasa lalu dan sehingga menjelang sambutan perayaan Aidilfitri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#hotspots
#lokasi kemalangan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan