JERTIH: Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.
Seorang petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 48, dari Kampung Alor Belanga, Hulu Besut di sini berkata pelita kekabu bagaimanapun tidaklah popular sebagaimana pelita buluh, malah ia hampir tenggelam ditelan zaman.
"Saya mula serius menghidupkan semula tradisi menyalakan pelita raya buah kekabu sejak tahun lepas. Ia adalah cara tradisional masyarakat di Besut untuk menerangi kegelapan malam pada zaman dahulu.
"Saya belajar membuat pelita kekabu ini daripada arwah datuk saya sebelum terlintas untuk mempopularkannya kembali memandangkan generasi sekarang ramai yang tidak tahu buah kekabu pun boleh dijadikan pelita selain untuk buat bantal dan tilam," katanya kepada Bernama.
Katanya walaupun pembuatan pelita menggunakan buah kekabu amat mudah, namun tidak ramai yang tahu kaedah membuatnya.
Mohd Zailani berkata cara membuatnya hanyalah menggunakan buah kekabu muda yang dibelah dua dan setiap biji buah boleh menghasilkan dua pelita.
Katanya lagi, isi kekabu dikeluarkan sedikit untuk diisi minyak tanah atau diesel sebelum diletakkan kapas kekabu yang dijadikan sebagai sumbu.
"Pelita kekabu ini mampu menyala sehingga satu jam sahaja, namun buah yang sama boleh digunakan berulang kali," katanya yang turut menjalankan perniagaan lemang setiap kali Ramadan.
Katanya memasang pelita buah kekabu di sekeliling rumah bukan sahaja tampak unik, malah dapat mence-riakan dan menghidupkan minggu terakhir Ramadan.
Mohd Zailani berkata bagaimanapun cabaran untuk menghasilkan pelita kekabu tetap ada kerana buah itu bermusim, tidak seperti buluh yang boleh diperoleh pada bila-bila masa.
Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata bagi menghidupkan kembali pembuatan pelita kekabu, dia ada melakukan demonstrasi membuat pelita itu di Program Pelita Beautiful Terengganu 2022 di Kuala Terengganu tahun lepas.
Malah, dia merancang membawa sebanyak 3,000 buah kekabu pada program sama minggu ini berbanding 2,500 buah kekabu untuk dijadikan pelita dan diagihkan kepada pengunjung pada tahun lalu.
"Ada juga yang menghubungi saya mahu membeli pelita tersebut tetapi setakat ini saya belum jual lagi tapi tengok lah macam mana selepas ini," katanya.
Selain pelita buah kekabu, pada program sama kali ini, Mohd Zailani akan mempromosi satu lagi produk pelita tradisi iaitu pelita buah kelapa.
Katanya, tempurung kelapa dibuang isi kemudian ditebuk beberapa lubang sebelum dimasukkan minyak masak terpakai dan dinyalakan api pada sedikit isi kelapa yang direndam di dalam minyak tersebut.
Menurutnya pelita kelapa mampu menyala lebih lama daripada pelita kekabu iaitu sehingga tiga jam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Mohd Zailani (dua, kiri) mengagihkan pelita kekabu kepada anaknya serta kanak-kanak lain yang ingin merasai pengalaman memegang pelita itu sempena malam tujuh likur semasa ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga, malam tadi. - Foto BERNAMA
Wanita lintas jalan direman dua hari
Pemandu SUV yang melintas jalan dan menyebabkan kemalangan, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi direman dua hari.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
AWANI Borneo [27/04/2024] - Peruntukan RM60 juta | GPS tumpu Sarawak | Risiko hilang kerusi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Aidilfitri: Zailani hidupkan kembali tradisi nyalakan pelita kekabu
Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.
Pelita kekabu jadi tarikan pengunjung di Terengganu
Tidak ramai yang tahu bahawa masyarakat zaman dahulu menggunakan buah kekabu muda untuk dijadikan pelita bagi menerangi kegelapan malam.