NATIONAL
AIGE persediaan laksana undang-undang AI - Lih Kang

Lih Kang (tiga, kanan) berkata AIGE adalah dokumen hidup yang boleh berubah mengikut kesesuaian masa. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Garis Panduan Tadbir Urus & Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) merupakan persediaan sekiranya Kerajaan melaksanakan undang-undang kecerdasan buatan (AI) di masa akan datang.
Ringkasan AI
- Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) disediakan sebagai persediaan sekiranya kerajaan melaksanakan undang-undang AI pada masa akan datang.
- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, menyatakan bahawa AIGE adalah dokumen hidup yang boleh diubah mengikut kesesuaian masa.
- AIGE akan melibatkan kementerian, agensi, sektor digital, pendidikan, dan industri untuk memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
- Beberapa bahagian garis panduan ini mungkin akan digubal sebagai undang-undang pada masa depan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis peluncuran AIGE di Putrajaya, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berharap beberapa bahagian garis panduan ini digubal sebagai undang-undang.
“Sebelum kita menggubal undang-undang baharu, kami berharap garis panduan ini akan menjadi rujukan kepada semua industri dan pemain AI. Ini boleh dilihat sebagai disiplin yang perlu dipatuhi.
"Kami belum sampai ke tahap menggubal undang-undang, tetapi ia berfungsi sebagai rujukan. AIGE memainkan peranan sebagai rujukan, bukan sebagai undang-undang,” katanya.
Beliau menjelaskan undang-undang sedia ada mencukupi untuk membendung semua aktiviti penyalahgunaan.
“Oleh itu, perlu ada rujukan untuk memastikan semua orang menerima ia sebagai garis panduan bersama. Proses ini akan mengambil masa.
“Di seluruh dunia juga berlaku perkara yang sama, di mana garis panduan ditubuhkan dahulu, kemudian beberapa bahagiannya mungkin akan diambil untuk dijadikan undang-undang,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami