KUALA LUMPUR : Ini merupakan berita gembira buat mereka yang mengikuti perkembangan kesihatan kanak-kanak yang menjadi perhatian negara, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin apabila dia dikatakan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sebaliknya, kanak-kanak itu kini hanya menggunakan oksigen biasa serta tidak lagi menerima ubat tahan sakit.
Perkara itu dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi hantarannya di Instagram pada Sabtu.
“PICU maklumkan, katanya hari ini dah boleh jaga Ainul semula sebab Ainul dah guna oksigen biasa. Ventilator dah off (dipadamkan), ubat tidur dan tahan sakit pun dah off.
“Ainul dah sedar,” katanya menerusi hantaran ringkas itu.
Sebelum ini, bapanya Ahmad Safiuddin memaklumkan, anaknya itu terpaksa ditidurkan semula selain memerlukan alat bantuan pernafasan bagi mengawal sawan, serta merehatkan otaknya.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak pernah sesekali mematahkan semangat keluarga itu untuk melihat anaknya terus sembuh.
Sebelum ini, Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom pada 2019 akibat ketumbuhan dalam mulut.
Bagaimanapun dia dilaporkan kembali kritikal susulan diserang jangkitan virus.
Hilmi Malik
Sat Aug 13 2022
Ainul Mardhiah juga tidak lagi menerima ubat tahan sakit dan ubat tidur sebaik sahaja kembali sedar.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Ainul Mardhiah kembali sedar, tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan
Kanak-kanak itu kini hanya menggunakan oksigen biasa serta tidak lagi menerima ubat tahan sakit.
Ainul Mardhiah 'ditidurkan' sekali lagi, keluarga tidak akan berputus asa
Ahmad Safiuddin berkata, Ainul Mardhiah diberi bantuan alat pernafasan, dan ditidurkan untuk mengawal sawan, serta merehatkan otaknya.
'Alhamdulillah Ainul semakin pulih'
Buat yang tertanya-tanya keadaan terkini, ini keadaan Ainul Mardhiah menurut bapanya Ahmad Safiuddin.
'Keadaan Ainul Mardhiah lebih baik dari semalam'
Keadaan kanak-kanak perempuan itu masih perlu diawasi sekumpulan doktor dan jururawat bagi mengelak keadaan berubah menjadi sebaliknya.
Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM
Prof Dr Ab Rahim Ismail, 62, masih koma di Pamukkale Hospital University, Denizle, Turki sejak 15 Julai lepas.
Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air
Selepas lebih dua bulan dirawat di kota London bayi perempuan berusia 11 bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan di sana pulang ke tanahair.
Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.
Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa
Ainul sebelum ini menghidap kanser 'germ cell tumor' selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.