awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mentah: Pulau Pinang perlu tahu beza, Kedah tetap mahu bayaran - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
18/05/2021
15:13 MYT
Air mentah: Pulau Pinang perlu tahu beza, Kedah tetap mahu bayaran - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata, Pulau Pinang khususnya melalui PBAPP sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu. - Gambar/ Bernama
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Pulau Pinang diingatkan supaya tidak mengalihkan isu tuntutan caj air mentah kepada soal pampasan yang dituntut oleh kerajaan Kedah daripada kerajaan Persekutuan bagi memulihara kawasan tadahan air di Ulu Muda.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pulau Pinang khususnya melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu memahami perbezaan antara bayaran caj bekalan air dan pampasan memandangkan kedua-duanya adalah perkara yang berbeza.
Katanya, mereka sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu kerana kerajaan Kedah tidak akan berganjak daripada keputusan untuk menuntut bayaran daripada negeri itu.
"Saya minta bayaran daripada Pulau Pinang. Pampasan saya tahulah minta dekat (kerajaan) Pusat. Pulau Pinang kena bayar air mentah, takkan nak suruh federal (kerajaan Pusat) bayar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Bantuan Palestin PAS Kedah di Kota Sarang Semut dekat sini, hari ini.
BACA: Pulau Pinang sokong usaha Kedah tuntut pampasan daripada kerajaan pusat
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa hari ini, yang kononnya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan Kedah untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan persekutuan bagi melindungi dan memulihara Ulu Muda.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya telah menghantar dokumen-dokumen berkaitan termasuk yang mengandungi keterangan pakar berhubung isu bekalan air di Kedah kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air yang akan bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Topic Berkaitan
#caj air mentah
#Kedah
#pulau pinang
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pampasan
#kerajaan pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan