NATIONAL
Air naik di Kampung Merbau Sempak, penduduk resah

Paras air di Kampung Merbau Sempak yang semakin naik walaupun hujan telah berhenti. - Foto ihsan orang awam
KUALA LUMPUR: Penduduk di Lorong 10, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor mula dilanda kebimbangan apabila paras air semakin naik pagi ini walaupun hujan telah berhenti sejak lebih setengah jam lalu.
Menurut Mohd Fiqree bin Dollah, 29, hujan mula turun sekitar jam 6:30 pagi dan tidak berhenti selama dua jam, menyebabkan air naik dengan cepat sehingga memasuki rumahnya.
“Air dah masuk rumah saya. Sekarang pukul 8:50 pagi, hujan dah berhenti tapi air masih naik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau yang sudah enam tahun menetap di kawasan berkenaan, berkata, setakat jam 8:50 pagi ini tiada bantuan daripada pihak bomba tiba untuk memantau atau membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.Katanya lagi, banjir terburuk pernah berlaku pada tahun 2021 dan berharap keadaan kali ini tidak berlarutan serta air segera surut.
TAGS: Banjir, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami