awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar ancam kediaman, penduduk Batu Rakit terpaksa pindah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/11/2025
00:50 MYT
Air pasang besar ancam kediaman, penduduk Batu Rakit terpaksa pindah
Penduduk bimbang rumah mereka runtuh atau 'ditelan laut' dengan musim tengkujuh yang masih panjang, menyebabkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan mereka. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Fenomena air pasang besar yang melanda Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus memaksa kira-kira 20 penduduk mencari tempat perlindungan sementara selepas kediaman mereka diancam hakisan pantai yang semakin serius.

Ringkasan AI
  • Air pasang besar di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus paksa kira-kira 20 penduduk mencari tempat perlindungan sementara akibat hakisan pantai yang serius.
  • Penduduk bimbang rumah mereka runtuh atau 'ditelan laut' dengan musim tengkujuh yang masih panjang, menyebabkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan mereka.
  • Penduduk di Pantai Batu Rakit sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan pemindahan mendadak sambil meminta kerajaan mempercepatkan projek tambakan laut bagi mengurangkan risiko hakisan pantai.

Penduduk bimbang rumah mereka akan runtuh atau ‘ditelan laut’ pada bila-bila masa, terutamanya dengan musim tengkujuh yang masih panjang.
Mat Jusoh Abdullah, 73, seorang nelayan yang menetap di kawasan itu, meluahkan kebimbangan apabila melihat kawasan rumahnya semakin terhakis saban hari.
Mat Jusoh yang tinggal bersama tujuh ahli keluarga berkata, mereka kini hidup dalam ketakutan.
“Keadaan sekarang memang membimbangkan. Dah dua, tiga buah rumah runtuh. Rumah saya pun dah dekat sangat dengan tebing. Tak tahu bila pula giliran kami. Dalam dua, tiga hari ni pun air dah makan hampir 70 meter tanah,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Yaridhuan Yusof, 38, berkata keadaan menjadi semakin buruk sejak dua hari lalu, menyebabkan keluarga mertuanya terpaksa berpindah ke rumah saudara pada Sabtu.
“Rumah yang kami duduki sejak 30 tahun lalu kini hanya dipisahkan kurang 20 meter dari pantai. Dalam dua hari ni saja, air dah naik banyak. Musim tengkujuh masih panjang, angin pun belum kuat lagi. Kami memang risau,” katanya.
Penduduk kini sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pemindahan mendadak jika keadaan bertambah buruk.
Mereka turut merayu agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek tambakan laut di kawasan kampung tersebut bagi mengurangkan risiko hakisan pantai yang semakin mengancam keselamatan dan tempat tinggal mereka.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#hakisan pantai
#monsun timur laut
#projek tambakan laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan