Skip to main content

Malaysia

Banjir Sabah: 483 orang masih berlindung di PPS pagi ini

KUCHING, 3 Feb -- KOSONG... Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang malam tadi.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).  Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berba
- Gambar fail/BERNAMA

KOTA KINABALU: Sebanyak 483 orang daripada 182 keluarga terjejas banjir di Sabah masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa jumlah itu menurun berbanding 557 orang daripada 172 keluarga berdasarkan rekod pada 8 malam tadi.

Advertisement

“Kesemua mangsa yang merupakan penduduk dari 93 kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA
 

Must Watch Video