Golongan nelayan dinasihat agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum turun ke laut berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda mulai esok sehingga Rabu ini.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata fenomena tersebut diramal membawa angin laut yang kencang dan merbahaya.
"Nelayan yang turun ke laut perlu berjaga-jaga dan mengambil berat soal keselamatan seperti sentiasa memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan persediaan menghadapi fenomena itu di sini hari ini.
Beliau turut memberi jaminan bekalan ikan adalah mencukupi semasa fenomena berkenaan.
"Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mempunyai bekalan ikan segar sejuk beku sebanyak 20 tan dan ia dilihat cukup untuk menampung permintaan dalam negara selama dua bulan.
"Selain itu juga, Nekmat akan turut mengimport ikan segar dari India, Bangladesh dan Indonesia sekiranya berlaku kekurangan," katanya.
Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di persisir pantai barat Semenanjung dengan paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.7 meter dan boleh menyebabkan kawasan rendah berisiko dinaiki air. - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di persisir pantai barat Semenanjung dengan paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.7 meter. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
Air pasang besar: 30 rumah di Tanjong Karang terjejas
Kira-kira 30 rumah di Kampung Haji Razali, Tanjong Karang di Kuala Selangor terjejas berikutan limpahan air Sungai Tengi, susulan fenomena air laut pasang besar pagi tadi.