awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Orang awam dilarang ke pantai di Kuala Langat

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2021
01:41 MYT
Air pasang besar: Orang awam dilarang ke pantai di Kuala Langat
Fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut dijangka berlaku minggu depan. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LANGAT: Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan.
Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.
"Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.
"Justeru itu MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar boleh menyebabkan risiko berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang awam yang tinggal di pesisir pantai menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir.
"Orang ramai khususnya penduduk di daerah diingatkan agar tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan semua kawasan peranginan pantai yang terlibat akan ditutup sepenuhnya," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#air pasang
#dilarang ke pantai
#Kuala Langat
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan