awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Tiga kampung di Kemaman ditenggelami air

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
07/12/2021
22:57 MYT
Air pasang besar: Tiga kampung di Kemaman ditenggelami air
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi ahli keluarga masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian buruk. - Astro AWANI
KEMAMAN: Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan paras air laut mencecah 3.7 meter susulan fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat lepas.
Antara kawasan terlibat adalah Kampung Bakau Tinggi, Kampung Pengkalan Cicar dan Kuala Kemaman.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi ahli keluarga masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
Menurutnya, kawasan banjir atau pantai bukan lokasi sesuai untuk aktiviti riadah ketika monsun timur laut.
"orang ramai bila berlakunya fenomena air pasang ini, terutama berhampiran rumah mereka, di jalan hadapan rumah, membenarkan anakanak mereka bermain air.
"Sebenarnya tugas kami sebagai anggota bomba untuk menasihati mereka ini supaya tidak sesuka hati bermain air kerana risiko terlalu tinggi seperti adanya haiwan berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya mula keluar apabila habitatnya dinaiki air.
"Selain itu bahay lain seperti berlakunya berhampiran dengan pencawang elektrik, kita khuatiri berlakunya renjatan elektrik apabila air memenuhi kawasan tersebut," katanya.
Justeru itu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di kawasan berisiko.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#banjir
#hujan lebat
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan