awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor tambah pili awam kawasan terjejas bekalan air

Bernama
Bernama
22/12/2019
21:10 MYT
Air Selangor tambah pili awam kawasan terjejas bekalan air
Air Selangor menasihati pengguna yang terjejas agar mendapatkan bantuan air kecemasan di PKS dan pili awam yang disediakan. - Gambar fail
Sebanyak enam lagi lokasi pili awam ditambah mulai malam Ahad dan awal pagi Isnin bagi menyalurkan bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pada Ahad malam, penambahan lokasi itu menjadikannya berjumlah 14 lokasi yang akan dimaklumkan menerusi media apabila siap.
Menurutnya, sehingga 3 petang Ahad, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 70 lori tangki air, 14 lori tangki jumbo dan mengaktifkan 11 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam.
"Selain itu, edaran air botol lima liter sebanyak 2,268 botol kepada pengguna terutamanya yang berada di kediaman bertingkat juga dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
Air Selangor menjelaskan memandangkan insiden itu melibatkan kawasan berskala besar, pihaknya tidak dapat memenuhi permintaan bantuan bekalan air melalui lori tangki kepada semua pengguna, namun bantuan lori tangki air diberikan keutamaan kepada pengguna dan premis kritikal serta kecemasan.
Justeru, Air Selangor menasihati pengguna yang terjejas agar mendapatkan bantuan air kecemasan di PKS dan pili awam yang disediakan bagi mengelakkan kelewatan penerimaan bekalan air melalui lori tangki air.
Air Selangor turut memaklumkan pada masa ini pihaknya belum dapat menjangkakan bila loji boleh beroperasi semula kerana ia bergantung kepada tahap pencemaran dan sasaran pemulihan hanya akan dapat dianggarkan setelah loji kembali beroperasi.
Pengguna dinasihat merujuk aplikasi telefon bimbit 'Air Selangor' atau laman sesawang www.airselangor.com.my, Facebook 'Air Selangor ' dan Twitter @airselangor bagi mengetahui perkembangan berkaitan perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#gangguan bekalan air
#loji rawatan air
#pili awam
#Sungai Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan