awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2024
02:00 MYT
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Pegawai LUAS membuat pemeriksaan kualiti air berhampiran muka sauk LRA Wangsa Maju. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Operasi muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju dihenti tugas sementara susulan kekeruhan air melebihi 400 unit kekeruhan nephelometric (NTU) dikesan sekitar jam 4 petang Jumaat.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
Menurutnya, pembekalan air mentah telah diaktifkan terus daripada Empangan Klang Gates ke loji berkenaan.
"Tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara muka sauk berkenaan juga dilaporkan oleh Air Selangor," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.
LUAS berkata, pasukannya segera membuat pemerhatian di lapangan mengesan punca permasalahan kekeruhan air berkenaan.
Ujarnya, hasil semakan mendapati permasalahan kekeruhan berkenaan adalah daripada aliran Sungai Pasir.
"Siasatan lanjut LUAS dengan menyusuri sungai tersebut mendapati ia berpunca daripada kawasan hutan simpan Hulu Gombak yang disyaki berlakunya kejadian semula jadi hakisan tanah di dalam kawasan hutan susulan kadar hujan yang tinggi.
"Bagaimanapun LUAS akan menjalankan tindakan siasatan dan pemantauan susulan bagi punca-punca lain yang berpotensi seperti aktiviti kerja tanah di hulu muka sauk," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LRA Wangsa Maju
#kekeruhan air
#gangguan penyaluran air
#Empangan Klang Gates
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan