KUALA LUMPUR: AirAsia menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara kedua-dua negara, dan sekali gus menyambung perkhidmatan udara bagi laluan penerbangan yang antara paling sibuk di dunia itu.
Justeru, AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.
Sebagai permulaan bagi operasi VTL, AirAsia akan mengendalikan tujuh penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Singapura.
"Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa," jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Penumpang dari Malaysia yang telah lengkap vaksinasi dan ingin melancong ke Singapura diingatkan supaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan dan semasa ketibaan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata penyambungan semula perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura menandakan kemajuan besar dalam sektor perjalanan antarabangsa di rantau ini.
"Ini menunjukkan permintaan terpendam yang tinggi terhadap perjalanan antarabangsa, dan AirAsia bersedia untuk menyambut para tetamu dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat dan selamat di semua penerbangan kami.
"Semua penerbangan kami dikendalikan kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia semasa pandemik ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura bagi Asia Tenggara, John Gregory Conceicao berkata skim VTL merupakan pencapaian penting dalam penyambungan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia secara beransur-ansur.
"Singapura bersedia untuk mengalu-alukan pelancong Malaysia melalui rakan utama seperti AirAsia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara klia2 dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021. - Gambar/ Reuters
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November
AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.
Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara
Hasni berkata, kira-kira 300,000 rakyat negara ini bekerja secara ulang alik ke republik berkenaan setiap hari.