Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Asia Barat dan Amerika Syarikat.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan dan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.
"Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu," kata syarikat penerbangan itu.
Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan ''Pick A Seat'' Airasia.
Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed, yang disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat.
"Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma," kata syarikat itu.
Sejak mula beroperasi pada 2001, AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina serta India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.