awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia terima anugerah pengiktirafan khas daripada kerajaan Sarawak

Bernama
Bernama
25/11/2017
21:36 MYT
AirAsia terima anugerah pengiktirafan khas daripada kerajaan Sarawak
AirAsia menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Syarikat Penerbangan pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016. - Gambar fail
AirAsia menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Syarikat Penerbangan pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016 yang berlangsung di Kuching malam tadi.
Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia amat bangga diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan utama oleh kerajaan Sarawak.
Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas penghargaan tersebut, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan bekerja lebih keras dalam membangunkan Kuching sebagai hab serantau dan menarik lebih banyak pelancong ke Sarawak.
Beliau berkata syarikat itu melancarkan empat laluan baharu tahun ini, iaitu Kuching-Pontianak, Kuching-Langkawi, Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, selain meningkatkan kekerapan penerbangan ke beberapa laluan utama di Sarawak.
"Sambungan baru ini tentu akan meningkatkan ketibaan pelancong, selain daripada tiga juta penumpang yang telah kami bawa setakat ini tahun ini.
"Antara 2015 dan 2016, jumlah penumpang ke Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu bertambah dengan peningkatan purata 290 peratus.
"Kami bangga dengan pertumbuhan eksponen dan tidak dapat mencapainya tanpa sokongan kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Aireen Omar
#Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill
#Bintulu
#kerajaan
#kerajaan negeri Sarawak
#Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd
#Kuching
#Miri
#pelancong
#pelancongan
#penerbangan
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan